Frod dalam urus niaga tanah: satu kajian perbandingan dengan undang-undang tanah Australia
Noraida binti Harun1.
Falsafah sistem Torrens ialah ia merupakan satu sistem pentadbiran
tanah berasaskan pendaftaran. Sebagai asas sistem Torrens,
pendaftaran adalah prasyarat hak milik yang tidak boleh disangkal.
Kesan daripada pendaftaran ialah undang-undang mengurniakan
kepada penerima pindah milik, pemajak atau pemegang gadaian
atau penerima isemen, hak milik yang tidak boleh disangkal. Tetapi
sejak mutakhir ini banyak kejadian jenayah kes frod dalam urus niaga
tanah menunjukkan peningkatan dari masa ke semasa. Peningkatan
kes-kes ini menimbulkan rasa bimbang oleh pemilik-pemilik tanah
di atas keselamatan harta mereka kerana tanah mereka boleh
bertukar milik tanpa disedari. Sehubungan dengan itu, artikel ini
dibuat bagi membincangkan kes frod yang berlaku dalam konteks
urus niaga tanah di Malaysia dan membuat perbandingan dengan
undang-undang tanah Australia serta mengenal pasti apakah jenisjenis
frod yang berlaku dan seterusnya mencadangkan jalan
penyelesaian yang difi kirkan sesuai bagi menjamin kepentingan dan
hak-hak semua pihak yang terlibat.
Affiliation:
- Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 348 time(s))