Prinsip keadilan asasi dalam undang-undang berkaitan prosedur perbicaraan tatatertib di jabatan polis: suatu analisa
Fariza Romli1, Nuarrual Hilal Md Dahlan2, Rusniah Ahmad3.
Prinsip keadilan asasi adalah merupakan syarat minima dalam
membuat keputusan adil dan saksama yang dikenakan oleh undangundang
terhadap orang atau badan bertugas khususnya yang
bertindak secara kehakiman, termasuklah tribunal-tribunal dan
juga mana-mana Lembaga Tatatertib Jabatan. Tiada sebarang
defi nisi atau penjelasan yang khusus mengenai prinsip keadilan
asasi di dalam mana-mana akta atau peraturan yang melibatkan
prosedur tatatertib penjawat awam, tetapi prinsip ini diguna pakai
dengan meluas dan merupakan syarat bagi menjamin prosedur
perbicaraan adil dalam setiap perbicaraan. Pematuhan terhadap
prinsip keadilan asasi ini amat penting dan sebarang perlanggaran
boleh menyebabkan kes-kes tersebut boleh dirujuk di mahkamah
untuk dibuat semakan semula atas keputusan yang diambil. Justeru,
artikel ini akan melihat apakah peruntukan-peruntukan mengenai
prinsip keadilan asasi yang terdapat di dalam undang-undang yang
berkaitan dengan prosedur perbicaraan tatatertib di jabatan polis.
Antara isu-isu yang dibincangkan ialah sejauhmana peruntukanperuntukkan
tersebut terpakai dan juga mengenai kekangan dalam
pelaksanaan prinsip tersebut. Metodologi yang digunakan adalah
berdasarkan kajian perpustakaan berpandukan kepada analisa
undang-undang terhadap akta-akta, peraturan-peraturan dan kes
undang-undang yang terpakai ke atas Jabatan Polis. Diharap
perbincangan dalam artikel ini dapat membantu memantapkan
lagi undang-undang mengenai pengurusan tatatertib yang terpakai
sekarang khususnya di jabatan polis bagi menjamin agar setiap
pegawai yang dituduh berpeluang mendapat satu perbicaraan yang
adil dan saksama.
Affiliation:
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 548 time(s))