Adaptif e-sistem mentor mentee
Ramlah Mailok1, Mashitoh Hashim2, Che Soh Said3, Haslina Hassan4.
Tujuan utama kajian ialah untuk mengenalpasti komponen utama dalam
pembangunan kerangka adaptif sistem e-mentor mentee di Universiti
Pendidikan sultan Idris (UPSI). Kajian ini melibatkan kajian kuantitatif dan
kajian perpustakaan untuk melihat perkembangan corak e-sistem mentormentee
bagi domain konvensional dan dalam talian. Kajian kuantitatif
dijalankan menggunakan borang soal selidik untuk melihat persepsi pelajar
terhadap peranan dan fungsi sistem mentor-mentee yang sedia ada. Seramai
71 pelajar dari UPSI terlibat di dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati
bahawa pelajar memahami peranan dan fungsi sistem berkenaan.Analisa
daripada kajian perpustakaan pula, diperolehi melalui artikel jurnal dan
laporan kajian yang telah dijalankan ke atas sistem mentor-mentee sama
ada secara konvensional atau dalam talian. Hasil daripada analisa kajian
perpustakaan ini, satu kerangka Adaptif e-sistem mentor-mentee telah
dibangunkan yang mengandungi lima (5) komponen utama iaitu komunikasi,
akademik, padanan, pembangunan perkongsian pengetahuan dan alatan
sokongan. Justeru itu, pembangunan kerangka adaptif e-sistem mentor
mentee ini diharapkan dapat membantu merapatkan jurang komunikasi dan
ruang antara di antara mentor dan mentee serta perlaksanaan sistem yang
lebih cekap dan berkesan.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 269 time(s))