Pembangunan perisian multimedia interaktif: seni anyaman melayu
Razana Baharudin1, Noriza Nayan2, Nur Saadah Fathil3, Ahmad Suhaimi Mohd Noor4, Saridan Abd Hamid5, Azman Uyub6, Abd Harith Hasan7.
Seni anyaman adalah suatu bentuk kraf yang tidak dapat dipisahkan daripada
masyarakat Melayu di Malaysia dan rumpun Nusantara. Memandangkan
seni seni anyaman merupakan tunjang kepada kebudayaan masyarakat
Melayu maka sewajarnya seni anyaman ini dipelihara agar tidak luput
ditelan zaman. Pengetahuan dan kemahiran menyaman pelbagai objek
perlu disebarkan dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, kajian ini dijalankan
bertujuan untuk meneliti anyaman dari segi bahan, alat dan proses.dan
seterusnya menterjemahkan teknik-teknik anyaman ke dalam bentuk perisian
multimedia interaktif yang mampu menyebarkan maklumat berkaitan dengan
Seni Anyaman Melayu berasaskan buluh, mengkuang dan rotan. Fokus kajian
ialah anyaman nyiru, tikar dan kerusi. Pembangunan perisian multimedia
interaktif ini menggunakan perisian Adobe Flash CS 3 dan berpandukan
Model ADDIE (Analysis, Design, Development, Implementation, Evaluation).
Pengujian ke atas perisian ini dbuat menggunakan instrumen kajian yang
terdiri daripada soal selidik, temubual dan pemerhatian. Responden terdiri
daripada pensyarah, pegawai muzium, pegawai Kementerian Kebudayaan,
Kesenian dan Warisan dan guru. Hasil penilaian menunjukkan gabungan
teknologi multimedia dengan applikasi teori pembelajaran dalam reka bentuk
Pembangunan Perisian Multimedia Interaktif: Seni Anyaman Melayu mampu
menampilkan sesuatu konsep yang sukar ke dalam bentuk maujud dan
dapat membantu pengguna dalam memahami konsep dan teknik dalam seni
anyaman Melayu. Perisian ini boleh dijadikan sebagai alternatif dalam kaedah
penyampaian bahan pengajaran dan pembelajaran dan boleh dimanfaatkan
oleh semua golongan masyarakat yang berminat untuk mempelajari teknik
dan proses anyaman Melayu.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 333 time(s))