Aplikasi realiti maya desktop bukan immersif: teknologi terkini dalam domain pendidikan
Jamilah Hamid1, Nor Hasbiah Ubaidullah2, Aslina Saad3.
Perkembangan pesat dalam teknologi perkakasan dan perisian telah
mengubah aplikasi komputer yang berbentuk multimedia 2D ke aplikasi yang
menggunakan teknologi realiti maya. Tiga kategori realiti maya iaitu immersif,
semi immersif dan tanpa immersif mula banyak digunakan dalam pelbagai
domain terutamanya domain pendidikan. Kelebihan yang ditawarkan oleh
teknologi realiti maya seperti kepelbagaian mod interaktiviti dan tahap
interaktiviti yang tinggi, mencipta pelbagai senario, dan latihan berbentuk
simulasi menyebabkan teknologi ini semakin popular di dalam domain ini.
Penggunaan aplikasi realiti maya dalam domain pendidikan juga banyak
memberi kebaikan seperti keselamatan, peningkatan logistik, pemahaman
konsep dan keputusan penilaian psikometrik yang lebih baik berbanding
dengan teknologi multimedia atau 2D. Antara faktor yang menjadikan
kategori realiti maya desktop tanpa immsersif yang paling popular ialah
kos, kemudahgunaan, tidak memerlukan peralatan khusus dan juga capaian
melalui internet. Berdasarkan kebaikan dan faktor kepenggunaan realiti
maya desktop tanpa immersif, kertas kerja ini membincangkan bagaimana
kedua-dua elemen ini boleh dijadikan sebagai satu alat pengukur untuk
membantu pembangun menentukan sama ada aplikasi realiti maya desktop
tanpa immersif boleh dijadikan sebagai pilihan utama dalam membangunkan
aplikasi dalam domain pendidikan
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 261 time(s))