Penilaian kejayaan pelaksanaan sistem pengurusan maklumat pendidikan (EMIS) di sekolah
Razana Baharudin1, Noriza Nayan2.
Kajian ini bertujuan untuk menilai kejayaan pelaksanaan sistem maklumat
dalam sektor pendidikan di Malaysia khususnya Sistem Pengurusan
Maklumat Pendidikan (EMIS). Isu penjajaran (fit) antara pengguna, tugas dan
teknologi yang digunakan, serta hubungan dengan kejayaan pelaksanaan
sistem maklumat merupakan fokus kajian. Faktor yang mempunyai impak
kepada kejayaan pelaksanaan sistem seperti ciri-ciri individu yang mengguna
teknologi, tugas yang dilakukan, dan ciri-ciri teknologi yang digunakan
merupakan elemen yang dikaji. Model Penjajaran Task-Teknologi (TaskTechnology
Fit) oleh Goodhue dan Thomson diadaptasi oleh penyelidik bagi
menilai kejayaan pelaksanaan sistem maklumat tersebut. Selain daripada
dokumen yang berkaitan dengan pelaksanaan EMIS, seramai 43 orang pegawai
perkhidmatan pendidikan telah ditemuduga. Mereka terdiri daripada guru
data, pengetua, guru kanan, penolong pegawai pendidikan (daerah dan
negeri). Hasil kajian menunjukkan wujud penjajaran yang tinggi di antara
pengguna, tugas dan teknologi dalam organisasi yang dikaji, dan seterusnya
penilaian kepada kejayaan pelaksanaan EMIS adalah tinggi. Hasil kajian
menunjukkan pengguna tidak atau kurang menggunakan sistem andaikata
penjajaran di antara pengguna, tugas dan teknologi adalah rendah. Hasil
kajian ini diharapkan dapat memberi gambaran kepada pihak-pihak yang
terlibat dengan pembangunan dan pelaksanaan sistem agar sistem maklumat
yang dibangunkan akan digunapakai secara maksima dan seterusnya dapat
membantu meningkatkan pencapaian organisasi.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 256 time(s))