Pembangunan dan Pengujian Student Appointment and Consultation System (SAPCoS)
Mashitoh Hashim1, Ramlah Mailok2, Haslina Hassan3.
Bimbingan daripada pensyarah adalah sangat penting bagi pelajar untuk
memahami kursus yang dihadiri. Pertemuan sewaktu sesi kuliah adalah tidak
mencukupi bagi pelajar memahami apa yang diajarkan, jesteru, pertemuan
di luar daripada sesi kuliah perlu dipertimbangkan. Walau bagaimanapun,
salah satu masalah yang dihadapi oleh pelajar adalah kesukaran untuk
menetapkan masa pertemuan. Pelajar dan pensyarah disempadani oleh jadual
harian mereka yang merumitkan proses untuk membuat temu janji. Student
Appointment and Consulation System (SAPCoS) adalah satu aplikasi mudah alih
yang telah dibangunkan untuk membolehkan pelajar membuat temu janji
dengan pensyarah dengan mudah. Dengan menggunakan aplikasi ini, pelajar
dan pensyarah dapat mengatur, mengetahui dan mengemakini status dan
memperolehi notifikasi temu janji dengan menggunakan telefon pintar dengan
lebih cepat dan cekap. Dengan menggunakan pendekatan pembangunan
model air terjun, aplikasi telah berjaya dibina dan diuji. Hasil soal selidik yang
telah diedarkan kepada 32 responden mendapati bahawa aplikasi ini adalah
mesra pengguna, sangat membantu dalam proses membuat temu janji, dan
sangat diperlukan oleh pensyarah dan pelajar di Universiti Pendidikan Sultan
Idris.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 268 time(s))