View Article |
Hubungan antara faktor demografik dan klinikal dengan kefungsian fizikal pesakit strok
Shazli Ezzat Ghazali1, Mohd Faizal Mohd Zulkifly2, Normah Che Din3, Asmawati Desa4, Raymond Azman Ali5.
Strok adalah antara punca penyakit yang menyebabkan berlakunya kecelaan fizikal dan limitasi aktiviti kepada pesakit
dalam melaksanakan tugasan harian mereka sehinggakan kepada satu peringkat, pesakit akan mengalami ketidakupayaan.
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perkaitan setiap faktor demografik dan klinikal yang dipercayai terlibat dengan
status kefungsian fizikal pesakit yang telah mengalami strok. Kajian ini juga cuba untuk melihat perbezaan kefungsian
fizikal pesakit mengikut faktor-faktor tersebut dan juga melihat hubungan antara faktor-faktor tadi dengan kefungsian
fizikal. Seramai 147 orang responden yang lulus ujian saringan kognitif terlibat. Alat ujian Indeks Aktiviti Kehidupan
Seharian Barthel (ADL) telah ditadbirkan kepada responden selepas enam minggu serangan strok bagi mengukur tahap
kefungsian fizikal mereka. Hasil kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan [F(3, 143) = 4.06; p < 0.01) antara
tahap pendidikan yang berbeza dengan tahap kefungsian fizikal pesakit. Faktor klinikal pula menunjukkan perbezaan
kefungsian fizikal lebih tinggi secara signifikan (p < 0.01) pada serangan otak kanan berbanding kiri.Terdapat perbezaan
yang signifikan (p < 0.01) pada kefungsian fizikal pesakit dalam kepercayaan pemulihan mereka. Di samping itu, bilangan
serangan strok pesakit juga menunjukkan perbezaan yang signifikan [F(1, 145)= 11.19; p < 0.01] pada kefungsian fizikal
mereka. Ujian korelasi yang dijalankan menunjukkan bahagian otak yang diserang mempunyai hubungan positif yang
signifikan (r = 0.24; p < 0.01) dengan kefungsian fizikal pesakit strok. Kesimpulannya, faktor demografik dan klinikal
turut memainkan peranan dalam menentukan tahap kefungsian fizikal pesakit strok dan faktor-faktor tersebut perlu
dipertimbangkan dalam usaha untuk meningkatkan kefungsian fizikal pesakit pada masa hadapan.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Sains Malaysia, Malaysia
- Universiti Sains Malaysia, Malaysia
Toggle translation
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
3 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|