Articles uploaded in MyJurnal |
|
|
View Article |
Hubungan amalan pengurusan kualiti dan prestasi organisasi dalam industri pembuatan di Malaysia
Zaharuzaman Jamaluddin1, Ahmad Mahir Razali2, Zainol Mustafa3.
Pengukuran amalan pengurusan kualiti (APK) adalah satu keperluan yang mesti
dititikberatkan oleh organisasi untuk berdaya saing dalam pasaran yang semakin
mencabar. Oleh itu, kajian ini mengkaji hubungan amalan pengurusan kualiti dan prestasi
dalam industri pembuatan menggunakan beberapa konstruk iaitu komitmen pengurusan,
alat kualiti, penambahbaikan berterusan, pengurusan proses, latihan dan prestasi
organisasi. Sebuah kerangka kerja dibangunkan berdasarkan kajian kepustakaan dan
dinilai menggunakan Pemodelan Persamaan Struktur (PPS) dengan perisian AMOS
digunakan untuk analisis pemodelan. Sebanyak 480 soal selidik telah diedarkan, dan 210
soal selidik adalah sah untuk dianalisis. Dapatan kajian menjelaskan hubungan yang
signifikan oleh komitmen pengurusan kepada pengurusan proses dan latihan. Juga,
latihan mempengaruhi alat kualiti, penambahbaikan berterusan dan pengurusan proses.
Begitu juga, alat kualiti mempengaruhi penambahbaikan berterusan dan pengurusan
proses. Tambahan pula pengurusan proses memberikan kesan kepada penambahbaikan
berterusan. Seterusnya, penambahbaikan berterusan memberi kesan kepada prestasi
organisasi. Hasil kajian ini boleh digunakan oleh pengurus dalam syarikat pembuatan untuk
mempertimbangkan dan menggunakan penilaian APK dan prestasi ke arah
meningkatkan daya saing.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 145 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
6 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (1.4) |
Rank |
Q3 (Engineering (all)) |
Additional Information |
SJR (0.191) |
|
|
|
|
|