View Article |
Konsep alam menurut daud al-fatani dalam karyanya manhal al-ṣāfī: analisis dari perspektif astronomi islam
Mohammaddin Abdul Niri1, Sa’adan Man2, Che Zarrina Sa’ari3.
Perbahasan tentang konsep alam yang dikemukakan
oleh ulama tradisional merupakan khazanah
intelektual yang berharga untuk umat Islam di Alam
Melayu. Daud al-Fatani adalah antara tokoh ulama
yang turut menyumbang pemikirannya dalam
perbahasan konsep terbabit dan ia dirakamkan dalam
karya tasawufnya iaitu Manhal al-Ṣāfī. Dalam
konteks semasa, persoalan yang penting dikaji ialah
bagaimanakah konsep itu dapat diteliti dan
dirumuskan mengikut kerangka berfikir yang
bersepadu, bukan sahaja mengambil kira ilmu-ilmu
Islam yang asasi iaitu tauhid, fiqh dan tasawuf, tetapi
juga turut memanfaatkan ilmu sains semasa. Untuk
itu, kerangka astronomi Islam diketengahkan dan
makalah ini membincangkan bagaimana kerangka
terbabit merumuskan konsep alam Daud al-Fatani
daripada karyanya Manhal al-Ṣāfī. Akhirnya, hasil
kajian mendapati bahawa konsep alam Daud alFatani
dalam karya terbabit adalah terbentuk daripada
mushāhadah yang terbit daripada ketekunan kalbu
membenarkan kalimah tauhid lā ilāha illā Allāh.
Affiliation:
- University of Malaya, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 437 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (0.1) |
Rank |
Q3 (Religious Studies) Q3 (Philosophy) |
Additional Information |
SJR (0.154) |
|
|
|