View Article |
Adab ilmuwan menurut Abū Hanīfah (M.150H): suntingan ilmiah, terjemahan dan analisis Waṣiyyah Abī Hanīfah li tilmīdhih Yūsuf Al-samtī
Mohd Anuar Mamat1, Wan Suhaimi Wan Abdullah2.
Karya agung para sarjana Islam merupakan antara
sumber dan rujukan utama kepada sebarang kajian
tentang Islam termasuk dalam bidang pendidikan
Islam. Makalah ini memperkenalkan dan
mengusahakan suntingan ilmiah terhadap satu karya
yang amat bernilai dalam bidang pendidikan Islam,
iaitu sebuah pesanan daripada tokoh ilmuwan Islam
yang terkenal, Imam Abū Ḥanīfah. Kitab yang
diketengahkan dalam artikel ini ialah Waṣiyyah Abī
Ḥanīfah li Tilmīdhih Yūsuf al-Samtī. Wasiat ini
memuatkan pesanan dan perbincangan tentang adabadab
yang sepatutnya dilazimi oleh seseorang dalam
kehidupan mereka khasnya para ilmuwan Islam.
Makalah ini dihasilkan bersumberkan empat salinan
manuskrip daripada Perpustakaan British, London,Suleymaniyyah Kutuphanesi, Istanbul, Universiti
Raja Sa„Å«d, Riyadh dan Universiti Islam, Madinah
di samping nukilan daripada al-Muwaffaq al-Makkī
(m.586H) dan al-Kurdarī (m.827H) yang turut
dijadikan sumber tambahan. Kajian ini diharapkan
dapat memperkenalkan salah satu karya agung
bidang pendidikan Islam sebagai sumber untuk
menyelesaikan permasalahan adab dan etika dalam
bidang pendidikan Islam masa kini.
Affiliation:
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 375 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (0.1) |
Rank |
Q3 (Religious Studies) Q3 (Philosophy) |
Additional Information |
SJR (0.154) |
|
|
|