View Article |
Kesediaan pemimpin agama muslim dan kristian dalam membentuk keharmonian agama: keperluan dan limitasi
Nur Farhana Abdul Rahman1, Khadijah Mohd Khambali @ Hambali2.
Pelaksanaan toleransi agama khususnya dalam
hubungan Muslim-Kristian sememangnya telah
terlaksana di Malaysia melalui pelbagai cara dan
pihak sama ada secara langsung dan tidak langsung.
Namun jika diteliti kebanyakan isu besar dalam
hubungan Muslim-Kristian masih berstatus belum
diselesaikan (pending) antaranya disebabkan oleh
kekurangan sumber untuk membuat keputusan.
Selaras dengan situasi di atas, kajian ini bertujuan
menjelaskan fenomena toleransi agama dari sudut
kumpulan utama yang bertanggungjawab ke atas
agama iaitu wakil pemimpin agama Islam (para
mufti) dan wakil pemimpin agama Kristian (para
paderi). Pelaksanaan temu bual mendalam (in-depth
interview) telah dilakukan kepada lima orang wakil
pemimpin Muslim dan lima orang wakil pemimpin
Kristian. Hasil temu bual telah dianalisis secara
tematik menggunakan perisian Atlas Ti. Hasilnya
kajian mendapati bahawa fenomena toleransi agama
dalam hubungan Muslim dan Kristian tidak
menafikan dua perkara utama iaitu (i) pengiktirafan
kepelbagaian agama; (ii) kesediaan untuk hidup
berharmoni. Dua elemen utama ini seterusnya membuktikan bahawa toleransi agama dalam
hubungan Muslim-Kristian tidak membawa kepada
penerimaan pluralisme agama dan tidak melanggar
batasan akidah sesuatu agama.
Affiliation:
- University of Malaya, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 415 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (0.1) |
Rank |
Q3 (Religious Studies) Q3 (Philosophy) |
Additional Information |
SJR (0.154) |
|
|
|