View Article |
Kesederhanaan beragama menurut hans küng: analisis dari perspektif islam
Mohd Khairul Naim Che Nordin1.
Makalah ini mengutarakan konsep kesederhanaan
dalam beragama menurut seorang tokoh teologi dan
penggiat dialog antara-agama iaitu Hans Küng.
Beliau menyarankan dua konsep yang boleh
diaplikasikan dalam beragama iaitu „self-criticism‟
dan „ecumenical criteria for truth‟. Kedua-dua
konsep ini disebut mampu membentuk perspektif
sederhana dalam beragama iaitu tidak membentuk
sikap fanatik terhadap agama yang dianuti dan tidak
menyebabkan prinsip agama tergadai atas alasan
toleransi. Penulisan ini mendapati aspek „selfcriticism‟
yang dimaksudkan oleh Küng merupakan
sikap dalam beragama dan „ecumenical criteria for
truth‟ pula merupakan kriteria penentuan kebenaran
sesuatu agama. Menerusi pendekatan kualitatif,
makalah ini seterusnya menilai konsep tersebut
melalui perspektif Islam secara analitis dan kritis
dengan meneliti secara khusus dua aspek yang
dihuraikan di atas. Dapat dirumuskan konsep
„kesederhanaan beragama‟ seperti yang disarankan
oleh Küng sebaliknya melahirkan suatu ikatan
„longgar‟ antara penganut dengan agama yang
dianutinya. Gagasan yang dibawa beliau menepati
ciri humanisme sekular kerana meletakkan asas-asas
kemanusiaan yang subjektif dalam penentuan
kebenaran agama secara mutlak.
Affiliation:
- University of Malaya, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 370 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (0.1) |
Rank |
Q3 (Religious Studies) Q3 (Philosophy) |
Additional Information |
SJR (0.154) |
|
|
|