View Article |
Peranan program keagamaan terhadap pemulihan konsep kendiri banduan wanita di Malaysia
Siti Jamiaah Abdul Jalil1, Yusmini Md Yusoff2, Rozmi Ismail3.
Berdasarkan statistik Jabatan Penjara Malaysia
(JPM), populasi banduan wanita semakin meningkat
dari tahun ke tahun (tahun 2011; 8,230 orang, tahun
2012; 8,774 orang, tahun 2013; 11,221 orang).
Beberapa kajian menunjukkan kecenderungan
melakukan perbuatan menyimpang berkait dengan
faktor keadaan konsep kendiri individu. Justeru,
pihak JPM telah merangka modul pemulihan kepada
banduan yang mana antara modul utama
dilaksanakan ialah modul keagamaan. Rentetan itu,
kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti keadaan
semasa konsep kendiri banduan wanita dan mengenal
pasti peranan program keagamaan terhadap
pemulihan konsep kendiri mereka. Soal selidik Skala
Asas Nilai Agama Devian (SANAD) digunakan bagi
mengetahui tahap nilai keagamaan responden dan Six
Factor Self Concept Scale (SFSCS) pula digunakan
bagi mengetahui keadaan konsep kendiri mereka.
Seramai 141 orang banduan wanita warganegara
terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan
program pemulihan melalui pendekatan keagamaan
mampu mempengaruhi pembentukan konsep kendiri
banduan wanita. Kefahaman agama yang tinggi,kekuatan akidah dan pelaksanaan ibadah dan syariat
dapat membantu pembinaan konsep kendiri banduan
wanita yang lebih positif.
Affiliation:
- University of Malaya, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 407 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (0.1) |
Rank |
Q3 (Religious Studies) Q3 (Philosophy) |
Additional Information |
SJR (0.154) |
|
|
|