Kesediaan guru dalam pelaksanaan kemahiran berfikir terhadap pengajaran penulisan karangan murid bukan Melayu
Abdul Rasid Jamian1, Shamsudin Othman2, Azhar Md Sabil3, Juanes Masamin4.
Kemahiran berfikir secara penyebatian dalam penulisan karangan mendapati memberi kesan terhadap pencapaian murid, terutamanya murid bukan Melayu. Sehubungan itu, guru-guru perlu mahir untuk mengaplikasikan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti cara guru-guru mengaplikasikan kemahiran berfikir dalam pengajaran penulisan karangan untuk murid-murid bukan Melayu peringkat sekolah rendah tahun 5. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesediaan guru Bahasa Melayu terhadap kepentingan pengaplikasian kemahiran berfikir dalam penulisan karangan min adalah 4.14, (S.P. = .48). Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa guru-guru berpengetahuan dan faham tentang konsep mengaplikasikan kemahiran berfikir adalah pada tahap yang tinggi iaitu min 4.07, (S.P. = .54). Kesimpulannya, penguasaan kemahiran berfikir adalah penting untuk melahirkan murid-murid yang berkebolehan dan berketrampilan dalam menulis karangan khususnya dalam kalangan murid bukan Melayu untuk mengangkat martabat pendidikan bahasa Melayu bertaraf dunia.
Affiliation:
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 417 time(s))