Model kejayaan sistem maklumat dalam pengurusan organisasi
Razana Baharudin1, Mohamad Ibrahim2.
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti elemen yang memberi impak kepada penggunaan sistem maklumat dalam organisasi serta hubungannya dengan kejayaan sistem. Selain daripada itu, kajian ini mencadangkan satu model yang dikenali sebagai Model Kejayaan Sistem Maklumat dalam Pengurusan Organisasi. Model ini mengandungi dua dimensi penjajaran iaitu penjajaran di antara pengguna, tugas dan teknologi (P&T-TF), dan penjajaran strategik di antara strategi sistem maklumat dengan strategi pengurusan organisasi (ISS-OMSF). Sampel dipilih secara rawak dari kalangan individu yang menggunakan Sistem Pengoperasian Data Secara Online (e-OPERASI). Mereka terdiri daripada penolong kanan, ketua panitia dan guru. Data dikumpul melalui borang soal selidik dan dianalisis melalui analisis deskriptif dan korelasi dengan menggunakan perisian SPSS. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang positif di antara P&T-TF dan ISS-OMSF dengan kejayaan sistem maklumat yang digunakan. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi gambaran serta asas pertimbangan kepada pihak-pihak yang terlibat dengan pembangunan dan pelaksanaan sistem, agar sistem yang dibangunkan dapat digunakan secara maksima serta dapat membantu meningkatkan pencapaian organisasi.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 305 time(s))