Keberkesanan kaedah demonstrasi video dalam pengajaran dan pembelajaran bagi modul pendawaian elektrik tiga fasa
Jamunarani Muthusamy1.
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kesesuaian kaedah demonstrasi dengan video dalam bidang pemasangan elektrik. Modul yang dipilih untuk kajian ini adalah modul pendawaian elektrik tiga fasa yang memfokuskan proses amali membentuk sesalur dan pembuluh logam dengan betul dan tepat. Proses amali ini memerlukan fokus dan perhatian yang terperinci bagi menjalankan amali tersebut. Responden kajian ini adalah pelajar semester dua dari jurusan Sijil Pemasangan Elektrik (SPE) yang sedang mempelajari modul berkenaan di Kolej Komuniti Kuala Langat. Keberkesanan kaedah demonstrasi dengan video ini dikaji menggunakan Teori Pembelajaran Gagne Sembilan Fasa. Data yang diperolehi daripada soal selidik dianalisis menggunakan Statistical Packages for Social Science Version 17.0 (SPSS Versi 17.0) bagi mendapatkan skor min dan peratusan bagi setiap item. Keputusan menunjukkan fasa perolehan ingatan kembali mencatatkan nilai min yang tinggi berbanding fasa proses pembelajaran yang lain. Manakala fasa jangkaan mencatat nilai min yang rendah. Kesimpulannya, sesi pembelajaran dengan pelaksanaan kaedah demonstrasi dengan video menyumbang kepada proses pembelajaran dan mengingat teknik-teknik serta prosedur untuk menjalankan amali membentuk sesalur dan pembuluh logam dengan betul dan tepat. Kerjasama para pelajar dalam melaksanakan projek amat memberangsangkan dan dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan realistik. Projek ini juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran amali dalam kalangan pelajar.
Affiliation:
- Kolej Komuniti Kuala Langat, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 334 time(s))