Tahap Pemikiran Kritis dalam Persekitaran Laman Sosial bagi Mata Pelajaran Geografi Tingkatan Dua
Hamdiah Jailani1, Zarina Samsudin2.
Kajian ini bertujuan mengkaji tahap pemikiran kritis dalam persekitaran laman sosial bagi mata pelajaran Geografi Tingkatan Dua. Pencapaian tahap pemikiran kritis mikro yang dikaji adalah kemahiran mengkategori, menerangkan dan meramal. Kajian ini menggunakan kaedah kuasi-eksperimen dengan reka bentuk faktor 2x2. Sampel kajian melibatkan 229 orang murid Tingkatan Dua dibahagikan kepada kumpulan kolaboratif dan akses kendiri. Dalam kedua-dua kumpulan pembelajaran ini terdiri daripada murid yang berbeza trait personaliti iaitu murid ekstrovert dan introvert. Sebuah platform laman sosial “GeoSAYA” menggunakan Facebook Page digunakan sebagai medium pengajaran dan pembelajaran. Data dianalisis secara kuantitatif menggunakan one-way analysis of variance (ANOVA) untuk mengukur min tahap pemikiran kritis mengikut kumpulan. Tahap pencapaian pemikiran kritis mikro dianalisis secara kualitatif menggunakan analisis SWOT. Dapatan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan terhadap min pencapaian tahap pemikiran kritis murid-murid Tingkatan Dua dalam mata pelajaran Geografi. Tahap pencapaian pemikiran kritis yang berbeza dapat dilihat berdasarkan kemahiran mikro mengkategori, menerangkan dan meramal selepas menjalani pengajaran dan pembelajaran menggunakan “GeoSAYA”.
Affiliation:
- Universiti Sains Malaysia, Malaysia
- Universiti Sains Malaysia, Malaysia
Toggle translation