Retorika dakwah dalam autobiografi - perjalananku sejauh ini dan kenang-kenangan hidup
Abu Hassan Abdul1, Ghazali Din2, Wahibah Twahir @ H.Tahir3, Mohd. Sidik Ariffin4.
Makalah ini bertujuan mendiskusi strategi dakwah dalam karya autobiografi menerusi strategi Qaulan, iaitu salah satu kaedah retorika berdasarkan Model Sastera Islami An-Nadwi (1989) yang telah dimodifikasi dengan nilai-nilai kemelayuan. Dua karya autobiografi yang dipilih sebagai korpus kajian ialah Perjalananku Sejauh Ini: Sebuah Autobiografi (Shahnon Ahmad) dan Kenang-kenangan Hidup (Hamka). Keseluruhan data korpus melibatkan penganalisian 9,072 ayat, manakala metodologi kajian berasaskan analisis kualitatif. Kajian ini mendapati kedua-dua pengarang mengaplikasi enam strategi Qaulan, iaitu Qaulan Layyina, Qaulan Balighah, Qaulan Maysura, Qaulan Karima, Qaulan Sadida dan Qaulan Ma’rufa. Keenam strategi ini diterapkan menerusi leksis, frasa dan klausa dari awal hingga akhiran bab. Kajian ini membuktikan bahawa karya autobiografi moden yang selama ini lebih makruf sebagai karya individulistik atau bahan kajian sejarah, sebenarnya berpotensi menjadi genre yang efisien dalam menyampaikan mesej dakwah jika diberi inovasi selaras dengan tasawwur islami, selain menekankan ciri estetika dalam gaya kepengarangannya.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 332 time(s))