View Article |
Kepemimpinan kesukarelaan dalam organisasi kesusasteraan
Ghazali Din1, Abu Hassan Abdul2.
Penulisan artikel ini membincangkan peranan kepemimpinan dalam organisasi dikaitkan dengan ciri-ciri keterampilan seseorang individu dalam memimpin organisasi yang bersifat kesukarelaan. Kejayaan organisasi bukan sahaja ditentukan ahli dalam organisasi yang dipimpinnya, namun gaya dan bagaimana pemimpin itu menguruskan organisasi adalah hal penting menentukan kejayaan organisasi. Kekukuhan bidang kesusasteraan dikaitkan dengan sejauh mana sifat kesukarelaan penting dalam berorganisasi. Penulisan ini mengaitkan gaya kepemimpinan seorang pemimpin yang efektif dalam mengendalikan organisasi kesusasteraan. Objektif kajian bertujuan memperlihatkan kepentingan kepemimpinan dalam mencorak hala tuju sesebuah organisasi kesusasteraan serta ciri-ciri kepemimpinan yang perlu dimiliki oleh seorang pemimpin organisasi sukarela kesusasteraan. Kajian dilakukan secara menganalisis teks dengan menggunakan kaedah kepustakaan. Data-data dianalisis berdasarkan ciri-ciri pemimpin yang digariskan oleh kalangan sarjana Barat dan tempatan tentang gaya kepemimpinan dan sifat-sifat yang perlu dimiliki seorang pemimpin dengan menggunakan Teori Pertukaran Pemimpin-Pengikut. Teori ini mementingkan pemimpin membina hubungan istimewa dengan pengikut. Pemimpin perlu mempunyai ciri hubungan istimewa dalam mengurus sebuah organisasi kesusasteraan kerana organisasi ditadbir secara sukarela bersama pengikut-pengikutnya. Kajian ini mendapati bahawa sifat kesukarelaan melalui hubungan istimewa perlu ada pada diri seseorang pemimpin organisasi kesusasteraan dan kebahasaan kerana sumbangan tenaga dan masa tidak berpaksikan imbuhan atau ganjaran tetap. Pemimpin menjadi tonggak harapan supaya organisasi menjadi mantap dan jangka hayatnya lama.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 338 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
3 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|