Peluasan makna kata nafi bukan dan tidak: analisis korpus bahasa
Nasroniazam Abu Bakar Sidiq1.
Peluasan makna yang terdapat pada kata nafi bukan dan tidak menjadi paksi utama dalam kajian ini. Peluasan makna dilakukan adalah untuk menunjukkan bahawa kajian-kajian sebelum ini berkaitan kata nafi bukan dan tidak lebih mementingkan kepada saranan tatabahasa sahaja. Namun, kajian rintis lain boleh diaplikasi menggunakan kata nafi bukan dan tidak melalui ilmu semantik. Makna merupakan aspek yang penting dalam memberi maksud kepada sesuatu ayat. Saranan rintis kajian dimotivasikan oleh ilmu semantik kognitif dijadikan sebagai pedoman. Kata nafi ini diperluaskan maknanya dengan hasil lakaran yang dibentuk dalam dua bentuk makna, iaitu makna terasa dan makna pinggiran. Makna teras merupakan makna tunjang dalam kata nafi bukan dan tidak. Manakala makna pinnggiran dalam kata nafi pula makna yang dirujuk di dalam kamus dewan. Setelah data dianalisis kategori jaringan radial diwujudkan untuk menunjukkan makna teras dan makna pinggiran yang wujud pada kata nafi. Data korpus dipilih untuk melihat peluasan makana dengan lebih jelas. Pemilihan kata nafi ini dilakukan dengan pemilihan bilangan token yang sesuai untuk dikaji. Data korpus digunakan adalah untuk membuktikan bahawa peluasan makna wujud dengan pembuktian yang lengkap terhadap kata nafi bukan dan tidak.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 365 time(s))