Hubungan antara strategi pembelajaran bahasa Melayu dengan motivasi dalam kalangan pelajar di Jerman
Noor Zuhidayah Muhd Zulkifli1, Siti Saniah Abu Bakar2.
Kajian ini dijalankan untuk meneliti hubungan antara strategi pembelajaran bahasa Melayu dengan motivasi pelajar yang mempelajari bahasa Melayu di Jerman. Kaedah kuantitatif digunakan dengan mengemukakan instrumen soal selidik bagi mengumpulkan data. Seramai 44 orang pelajar di Pusat Pengajian Asia Tenggara, Universiti Goethe Frankfurt, Jerman, telah dipilih sebagai responden kajian. Data soal selidik dianalisis dengan menggunakan ujian korelasi Pearson, r. Dapatan kajian menunjukkan bahawa wujud hubungan yang signifikan antara penggunaan strategi pembelajaran bahasa Melayu dengan motivasi pelajar. Implikasi kajian ini dapat membantu para pelajar dan guru untuk mengenali motivasi pembelajaran yang dapat membantu pelajar untuk mempelbagaikan strategi pembelajaran bahasa Melayu dan seterusnya dapat meningkatkan penguasaan bahasa Melayu pelajar.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 332 time(s))