Konsep dan pentafsiran kata warna dalam antologi puisi A. Samad Said
Norazlina Mohd Kiram1, Raja Masittah Raja Ariffin2.
Kajian ini menggunakan himpunan puisi A. Samad Said yang dikumpulkan dalam tempoh 50 tahun, iaitu dari tahun 1950 hingga 1999. Semua puisi tersebut telah tersiar dalam majalah (seperti Fashion, Mastika, Remaja, Bintang, dan Irama) dan dalam akhbar tempatan, termasuk terbitan di Singapura (seperti Utusan Zaman dan Fikiran Rakyat). Tujuan kajian ini adalah untuk memberikan tafsiran semantik terhadap konsep warna dalam bahasa Melayu, khususnya berdasarkan data-data yang diambil daripada buku yang berjudul A. Samad Said: Sebuah Antologi Puisi yang menghimpunkan Karya-Karya Selama Lebih Setengah Abad (2007), yang dikumpulkan dan diberi pengantar oleh Dharmawijaya. Hasil kajian menunjukkan bahawa A. Samad Said banyak menggunakan warna panas, khususnya warna merah dalam puisinya yang boleh dikaitkan dengan emosi marah, penentangan dan kecewa terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku.
Affiliation:
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 356 time(s))