Strategi komunikasi lisan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJK(C))
Mohd Helmi Pangat1, Puteri Roslina Abdul Wahid2.
Makalah ini membicarakan tentang jenis-jenis strategi komunikasi pelajar Cina di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJK(C)) dalam pemelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Kajian ini berasaskan taksonomi strategi komunikasi Tarone (1983) dan menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif dalam pengumpulan data. Subjek yang dipilih merupakan 130 pelajar darjah lima di SRJK(C) di Kuala Langat. Subjek dibahagikan kepada tiga kumpulan berasaskan aras kecekapan bahasa mereka. Instrumen yang digunakan ialah ujian lisan dan transkripsi korpus lisan. Dapatan kajian menunjukkan 8 strategi komunikasi lisan telah digunakan oleh pelajar Cina dan strategi yang paling kerap digunakan ialah pengguguran mesej (57%), rayuan kerjasama (13%), penghuraian (9%), penukaran kod (8%), pengelakan tajuk (6%), generalisasi terlampau (4%), penghampiran (2%) dan pembentukan kata baharu (1%). Strategi komunikasi lisan bukan sahaja merupakan aspek yang penting dalam komunikasi tetapi juga memberikan sumbangan kepada pemerolehan bahasa kedua, khususnya pemelajaran bahasa kedua Melayu sebagai bahasa kedua.
Affiliation:
- University of Malaya, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 354 time(s))