Keberkesanan pendekatan autentik dalam meningkatkan tahap penulisan karangan pelajar
Zulkifli Osman1, Anida Sarudin2, Dahlia Janan3, Ani Omar4.
Fokus kajian ini ialah menyiasat keberkesanan pendekatan pengajaran Bahasa Melayu secara autentik terhadap penulisan karangan pelajar. Pendekatan autentik yang digunakan dalam kajian ini disandarkan model pengajaran dan pembelajaran autentik Zemelmen dan rakan-rakan (2005). Kajian kuasi eksperimen yang melibatkan dua kelas Tingkatan Dua yang setara, iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen digunakan. Kumpulan kawalan menjalani aktiviti PdP karangan secara konvensional, manakala kumpulan rawatan mengikuti aktiviti PdP melalui pendekatan autentik. Ujian pra, ujian pasca, dan soal selidik digunakan. Ujian pra dan ujian pasca dijalankan bagi mendapatkan data tentang keberkesanan pendekatan autentik meningkatkan skor karangan pelajar. Dapatan kajian mendapati gred karangan pelajar dapat ditingkatkan setelah mengikuti pendekatan autentik ini. Dapatan kajian juga mendapati pendekatan ini dapat meningkat skor min karangan dalam ujian pasca secara signifikan. Dapatan kajian turut menunjukkan bahawa skor min dalam ujian pasca bagi kumpulan kawalan lebih rendah berbanding dengan skor min dalam ujian yang sama bagi kumpulan rawatan. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan bahan, aktiviti dan penilaian autentik dapat meningkatkan tahap karangan pelajar.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 356 time(s))