Kepelbagaian modaliti dalam pengajaran dan pembelajaran dwibahasa
Zuraini Ramli1.
Pengajaran dan pembelajaran secara dwibahasa merupakan satu proses yang kompleks. Selain menggunakan lebih daripada satu bahasa (lisan dan penulisan), proses pengajaran dan pembelajaran juga tidak dapat lari daripada melibatkan kepelbagaian modaliti seperti gerak isyarat, jadual, rajah, dan model tiga dimensi. Kajian ini melihat bagaimana bahasa digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains secara dwibahasa, iaitu yang menggunakan bahasa Inggeris (bahasa pengantar) dan bahasa Melayu (bahasa kebangsaan). Fokus kajian adalah peranan kepelbagaian modaliti dalam membantu pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan berkesan. Data diperoleh daripada rakaman video pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, berserta temu bual dengan guru dan murid, serta pemerhatian di dalam kelas. Data dianalisis menggunakan pakej perisian Transana, khususnya untuk menjana dan meneliti prosedur pengekodan data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kepelbagaian modaliti memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dwibahasa, terutamanya dalam mengurangkan tuntutan terhadap penggunaan bahasa kedua yang penguasaannya masih belum mencapai tahap yang memuaskan.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 322 time(s))