Perancangan pentaksiran formatif guru pelatih dalam pengajaran bahasa Melayu
Idris Mohd Radzi1.
Kajian perancangan pentaksiran formatif guru pelatih dalam pengajaran Bahasa Melayu bertujuan untuk mengkaji kaedah yang digunakan oleh guru pelatih untuk mentaksir pembelajaran murid di dalam kelas. Kajian ini berasaskan analisis 38 rancangan pengajaran harian (RPH) yang dibina oleh 38 orang guru pelatih sebagai persediaan mereka menjalankan pengajaran makro dalam kursus KPD3026. Kaedah yang digunakan ialah analisis dokumen dan alat kajian yang digunakan ialah senarai semak. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa guru pelatih menggunakan 10 kaedah pentaksiran formatif di dalam bilik darjah yang kebanyakannya pentaksiran berbentuk lisan. Kajian ini mendapati bahawa kaedah yang paling kerap digunakan oleh guru pelatih ialah penyoalan secara lisan, diikuti dengan pentaksiran bertulis dan pembentangan lisan. Hasil analisis juga menunjukkan bahawa pentaksiran formatif berlaku semasa permulaan pengajaran, semasa pengajaran dan semasa penutup pengajaran. Kajian ini memberikan implikasi yang positif terhadap keberkesanan kursus KPD3026.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 460 time(s))