Dr. Rose Lena Lazemi
SUBMISSION GUIDELINES:
File:
GARIS PANDUAN PENYERAHAN ARTIKEL
Bahasa:-
Manuskrip boleh ditulis sama ada dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.
Panjang Artikel:-
Patah perkataan adalah 6,000 hingga 8,000 patah tetapi dipertimbangkan juga artikel yang lebih pendek atau lebih panjang.
Abstrak:-
Abstrak perlu ditulis dalam 150-200 patah perkataan sahaja. Bagi artikel bahasa Inggeris, abstrak perlu ditulis dalam bahsa Malaysia dan sebaliknya.
Format menaip:-
Jenis font yang digunakan mestilah berbentuk typescript, sekali ganda jarak, ejaan dan tanda bacaan mestilah betul. Format am yang disarankan untuk teks adalah 'Trebuchet Ms'; saiz 10 (Bagi isi kandungan).
Tajuk:-
Tajuk dan subtajuk mestilah ringkas dan 'bold'.
Nota kaki:-
Nota kaki sekiranya digunakan perlulah secara berpada berserta dengna nombor yang berturutan. Saiz huruf bagi nota kaki mestilah lebih kecil daripada saiz huruf yang digunakan dalam teks am, iaitu, saiz 8.
Tujuan:-
Rujukan hendaklah disenaraikan di belakang artikel mengikut susunan abjad berdasarkan nama pengarang.
Jadual:-
Jadual-jadual mestilah dimuatkan betul-betul di tengah muka surat di dalam margin yang telah ditetapkan. Setiap jadual mestilah mengandungi nombor rujukan dan keterangan. Setiap kolum diberi tajuk yang jelas.
Rajah:
Nombor rajah serta keterangannya diletakkan di bawah rajah itu. Sebarang angka di dalam rajah mestilah jelas. Kedudukan rajah mestilah disebut di dalam teks dengan tepat. Segala paksi perlu dilabel dengan jelas.
Biodata:-
Setiap penulis hendaklah menyertakan nama penuh, alamat, no. telefon, bidang tugas dan latar belakang pendidikan berserta pengalaman kerja.
Hak Cipta Terpelihara:-
Jika artikel pernah diterbitkan atau dibentangkan, pengarang perlulah memaklumkan kepada pihak editor. Sekiranya manusrip mempunyai Hak Cipta Pengarang, kebenaran perlulah diperolehi dan dimaklumkan kepada editor.
Surat Pengakuan:-
Penulis dimestikan memperakui bahawa artikel tidak pernah diterbitkan sebelum ii atua memaklumkan nama penerbitan yang memuatkan artikel yang sama sebelum ini.