1. Arts & Humanities - History - Languages & linguistics - Literature - Philosophy - Religion
Print ISSN: 1823-4313 Publisher: JABATAN PENERBITAN BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI (BPI), KUIPSAS Publication type: Print & Electronic Publication frequency: 1 time(s) per year Journal Website: https://www.kuipsas.edu.my/jurnal/
Contact Info
Editor-in-Chief
Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS)
Km 8, Jalan Gambang 25150
Kuantan Pahang Darul Makmur
MALAYSIA
Jurnal Al-Sirat diterbitkan pada bulan Oktober setiap tahun (satu isu setahun). Al-Sirat
menerbitkan artikel-artikel dalam bidang pengajian Islam dan bidang-bidang yang
berkaitan pengajian Islam. Al-Sirat berperanan sebagai platform kepada para penyelidik
bidang-bidang yang berkaitan pengajian Islam untuk menerbitkan artikel mereka sama
ada penyelidik dari Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah mahupun institusi
luar.
EDITORIAL INFORMATION:
Editor-in-Chief
Maslina binti Mohamed
Editorial Board
Dr. Rosli bin Omar
Dr.Ahmad Effat bin Mohktar
Dr. Asmadi bin Abdul Rahman
Dr. Mohamad Zulfakhairi bin Mokthar
Norillah binti Abdullah Hassim
Mohd Jaffri bin Abdul Rani
Mohd Saifuddin bin Abdul Karim
Haizuran bin Mohd Jani
Muhammad Fairuz bin Ali
Norfadelah binti Nordin
Shuhada binti Mustafa Hilmi
Roszalina binti Abdul Rahim
Nor Fatiha binti Abdul Halim
SUBMISSION GUIDELINES:
File:
GARIS PANDUAN PENULISAN ARTIKEL JURNAL AL-SIRAT
KOLEJ UNVERSITI ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH (KUIPSAS)
1. SYARAT-SYARAT
1.1 Artikel yang hendak disumbangkan mestilah mematuhi syarat-syarat berikut:
a. Manuskrip yang dihantar untuk diterbitkan dalam jurnal mestilah karya
asli dan tidak pernah diterbitkan atau diterima untuk penerbitan oleh
mana-mana jurnal lain.
b. Manuskrip hendaklah disusun mengikut urutan yang berikut:
- Tajuk
- Nama penulis
- Abstrak
- Kata kunci
- Teks
- Rujukan
- Alamat, nombor telefon dan jawatan penulis semasa menghantar
penulisan.
c. Sistem Transliterasi yang digunakan dalam penulisan perlu
bersesuaian.
2. FORMAT PENULISAN
2.1 Artikel boleh ditulis di dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris atau Bahasa
Arab.
2.2 Panjang artikel di antara 3,000-5,000 patah perkataan atau 10-20 halaman.
2.3 Artikel hendaklah ditulis dengan berpandukan format berikut:
- Program : Microsoft Word
- Jenis fon (Rumi) : Times New Roman
- Saiz fon (Rumi) : 12
- Jarak baris teks : 1.15
- Saiz fon nota kaki (Rumi) : 10
- Jenis fon (Arab/Jawi : Traditional Arabic
- Saiz fon (Arab/Jawi) : 18
- Saiz Fon nota kaki (Arab/Jawi) : 14
- Jarak baris nota kaki dan petikan : 1.0
2.4 Rujukan dalam teks dan bibliografi hendaklah mengikut format sistem
penulisan APA (American Physiological Association) edisi terkini.
2.5 Format Tajuk artikel hendaklah ringkas dan padat. Di bawah tajuk
diletakkan:
- nama penuh penulis (rujuk template penulisan artikel)
2.6 Setiap artikel yang ditulis mestilah disertakan dengan abstrak yang ditulis
antara 150-200 patah perkataan (sama ada bahasa melayu atau bahasa
Inggeris) yang mengandungi empat elemen berikut iaitu objektif artikel,
metodologi kajian, hasil utama kajian dan kesimpulan. Abstrak hendaklah
ditulis dengan menggunakan format (Italic, size 11 dan Justified) dan
menulis tiga hingga lima perkataan kata kunci selepas abstrak menggunakan
format (Normal, Size 11 dan Justified).
2.7 Artikel yang dihantar perlu dibuat dalam salinan lembut (softcopy) dan di
hantar melalui email kepada Ketua Editor seperti alamat di bawah.
2.8 Artikel hendaklah disertakan dengan satu lampiran yang mempunyai nama
penuh, alamat surat-menyurat, email, nombor telefon pejabat dan telefon
bimbit penulis.
2.9 Tarikh akhir penghantaran pada atau sebelum 2 Februari 2019.
2.10 Artikel yang berjaya akan diberi surat penghargaan dan dua (2) naskhah
Jurnal al-Sirat bil. 17.
3. PENYERAHAN ARTIKEL
3.1 Artikel-artikel yang hendak disumbangkan hendaklah dihantar dalam bentuk
softcopy kepada:
Emel: maslina@kuipsas.edu.my