View Journal |
KANUN : Jurnal Undang-Undang Malaysia |
OVERVIEW:
Discipline(s) / Subdiscipline(s):
1. Social Sciences - Law
E-ISSN: 2682-8057 Print ISSN: 0128-2670 Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka Publication type: Print & Electronic Publication frequency: 2 time(s) per year Journal Website: http://jurnal.dbp.my/index.php/Kanun
Editor,
Jurnal Kanun,
Bahagian Majalah,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur
E-mel: syukri@dbp.gov.my
Telefon: 03-2147 9266
Faks: 603-2148 4208
Kanun: Jurnal Undang-undang Malaysia jurnal berwasit yang diterbitkan dua kali setahun, iaitu padabulan Januari dan Julai. Pendapat yang dikemukakan dalam jurnal ini merupakan pendapat penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Sidang Editor atau Dewan Bahasa dan Pustaka. Segala sumbangan yang dikirimkan, sama ada disiarkan atau tidak, tidak akan dikembalikan. Sidang Editor juga tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan tulisan atau karya yang dikirimkan melalui pos. Setiap makalah yang dihantar untuk jurnal ini akan dinilai secara double blind review
Jurnal ini mula diterbitkan pada Disember 1989. Kanun: Jurnal Undang-undang Malaysia mengambil namanya daripada judul sebuah karya undang-undang dalam masyarakat Melayu Tradisional. Tradisi dan konsep perundangan bermula sejak zaman-berzaman di tengah-tengah masyarakat Melayu dan dimanifestasikan dalam bentuk adat perpatih, adat temenggung atau terjemahan ajaran Islam. Walaupun dari segi konsep dan definisi karya undang-undang Melayu lama lebih mendekati hasil sastera daripada undang-undang, di dalamnya termuat hokum-hakam, adat peraturan serta tatacara kehidupan yang sesuai dengan masyarakat semasa. Salah sebuah penghasilan terpenting dalam bentuk ini ialah Hukum Kanun Melaka dianggap salah sebuah karya undang-undang tertua. Di dalamnya termuat segala adat dan pantang larang diraja, tanggungjawab pegawai kerajaan serta hukuman atas pelbagai kesalahan. Dengan mengambil tradisi dan semangat karya undang-undang zaman silam inilah maka jurnal ini diberi nama Kanun.
|
|
 |
EDITORIAL INFORMATION:
Editorial Board
Editorial Board
LEMBAGA EDITORIAL
- Profesor Dr. Farid Sufian Shuaib (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Malaysia)
- Profesor Dato' Noor Aziah Mohd. Awal (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM))
- Profesor Dr. Haji Abdul Samat Musa (Universiti Sains Islam Malaysia)
- Profesor Dr. Zuhairah Ariff Abdul Ghadas (Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia)
- Profesor Madya Dr. Ruzman Md. Noor (Universiti Malaya, Malaysia)
- Profesor Madya Dr. Rohana Abdul Rahman (Universiti Utara Malaysia)
SIDANG EDITOR
Editor Pengurus
- Dr. Rosmani Omar (Dewan Bahasa dan Pustaka)
Timbalan Editor Pengurus
- Aninah Janang (Dewan Bahasa dan Pustaka)
Editor
- Nurul Shaheza Zamri (Dewan Bahasa dan Pustaka)
Pengerusi Lembaga Pengelola
- Dato’ Dr. Mohd Anuar Haji Rethwan
Ketua Pengarah
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar)
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)
Pengarah Penerbitan
SUBMISSION GUIDELINES:
File:
PANDUAN PENGHANTARAN MAKALAH
SKOP
- Makalah yang dimuatkan dalam jurnal ini tertumpu pada kajian undang-undang terkini yang dilaksanakan ahli akademik dari dalam dan luar negara. Makalah akan melalui proses penilaian dan hanya yang terpilih yang akan disiarkan.
FORMAT JURNAL KANUN
Maklumat penyumbang
- Judul makalah.
- Nama penyumbang.
- Alamat penyumbang.
- Maklumat institusi.
- Emel untuk dihubungi.
Teks
- Makalah yang dihantar mestilah karya asli dan belum pernah diterbitkan dalam mana-mana penerbitan.
- Peratus similariti yang dibenarkan 25% ke bawah.
- Jumlah perkataan makalah antara 5000–8000 patah perkataan termasuk abstrak, kata kunci, nota kaki, rujukan, jadual, rajah, lampiran dan rujukan.
- Judul makalah disertakan dalam teks penuh berserta abstrak pada halaman pertama teks.
- Teks makalah menggunakan fon Times New Roman bersaiz 12 poin dan langkau dua baris.
- Setiap perenggan diinden dengan tab.
- Gunakan tiga peringkat tajuk (maksimum) dalam pembahagian wacana.
- • Bagi makalah yang dihantar menerusi emel dan ejaan yang tidak dapat dibaca menerusi Microsoft Word contohnya tulisan Jawi, mohon disertakan bersama bentuk PDFnya.
Abstrak
- Abstrak antara 150 hingga 250 patah perkataan.
- Abstrak perlu mengandungi tujuan kajian, metodologi yang digunakan, jenis data, analisis, dapatan dan kesimpulan ringkas
- Abstrak dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Kata Kunci
- Enam kata kunci dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Nota
- Nota seminimum mungkin, dan menggunakan nota kaki.
- Kedudukannya di hujung teks sebelum rujukan.
Rujukan
- Susunan mengikut gaya American Psychological Association (APA) Edisi Ketujuh.
- Rujukan disusun mengikut abjad. Jika sumber rujukan daripada penulis yang sama dalam satu tahun, bezakan dengan menggunakan a, b dan c.
- Rujukan daripada sumber atau bahan yang berwibawa diutamakan.
- Rujukan lebih daripada 15 rujukan dan perlu ada rujukan daripada jurnal.
- Rujukan yang diberikan lengkap maklumatnya, dan ada rujukan terkini.
- Setiap rujukan yang ada dalam teks mesti ada dinyatakan dalam senarai Rujukan di belakang teks.
- Contoh gaya APA adalah seperti yang berikut:
Makalah Jurnal:
- Ibrahim Ismail. (2003). Agama persekutuan: Jurisprudens Islam dalam pentafsiran perlembagaan. Kanun: Jurnal Undang-undang Malaysia, 22(3), 20.
Buku:
- Muhammad Jawwa Magniyyah. (1965). Fiqh al-Imam Ja'far al-Sadiq (Jilid 4). Dar al-'Ilm li al-Malayin.
Kertas Kerja:
- Nasrul Hisyam Nor Muhamad. (2009). Pemasukan syarat 'Umra dan Ruqba dalam kontrak hibah: Satu analisis perbandingan. Kertas Kerja Prosiding Seminar Antarabangsa Penyelidikan dalam Pengajian Islam 2008 (ISRIS '08). Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. 17–18 Disember.
Rujukan dalam Teks
- Letakkan nama penulis, diikuti tahun dan halaman, dan diletakkan dalam kurungan.
Hak Cipta
- Penyumbang/penulis memberikan keizinan kepada DBP menerbitkan makalah mereka dalam jurnal DBP dan disiarkan dalam talian.
- Jika penulis ingin menerbitkan semula mana-mana makalah, perlulah dimaklumkan sumber makalah tersebut daripada jurnal Kanun DBP.
|
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
3 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|