View Journal |
Jurnal Bahasa |
OVERVIEW:
Discipline(s) / Subdiscipline(s):
1. Arts & Humanities - Languages & linguistics
E-ISSN: 2462-1889 Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka Publication type: Print Publication frequency: 2 time(s) per year Journal Website: http://jurnalbahasa.dbp.my/
Editor,
Jurnal Bahasa,
Bahagian Majalah,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur,
MALAYSIA.
Telefon: 03-21479242/ 03-21479257
Fax: 603-2148 4208
E-mel: razali3@dbp.gov.my/ zaiton6@dbp.gov.my
Jurnal Bahasa merupakan jurnal berwasit yang diterbitkan dua kali setahun, iaitu pada bulan Jun dan Disember oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Terbitan pertama bermula pada bulan Mac 2001.
Tujuan jurnal ini adalah untuk mengembangkan bidang linguistik dalam bahasa Melayu. Jurnal ini menjadi wadah kepada ahli linguistik membentangkan pandangan dan penemuan mereka dalam bidang linguistik. Pelbagai aspek bidang bahasa seperti peristilahan, perkamusan, tatabahasa, dialektologi, entimologi, ejaan, pangkalan data kebangsaan dan kosa kata dibincangkan dalam jurnal ini. Sesuai dijadikan sebagai bahan bacaan dan sumber rujukan ahli linguistik, guru bahasa, siswa dan para ilmuwan.
|
|
 |
EDITORIAL INFORMATION:
Editorial Board
LEMBAGA EDITORIAL
- Prof. Emeritus Dato' Dr. Asmah Haji Omar (Universiti Malaya)
- Prof. Dr. Nor Hashimah Jalaluddin (Universiti Kebangsaan Malaysia)
- Prof. Dr. Noriah Mohamed (Universiti Sains Malaysia, Malaysia)
- Prof. Dr. Kamila Ghazali (Universiti Malaya, Malaysia)
- Prof. Madya Dr. Hiroki Nomoto (Universiti Bahasa Asing Tokyo, Jepun)
- Prof. Madya Dr. Antonia Soriente (University of Naples ‘L’Orientale’ Piazza
San Domenico Maggiore, Napoli, Italy)
SIDANG EDITOR
Editor Pengurus
Haji Razali Che Mat (Dewan Bahasa & Pustaka)
Timbalan Editor Pengurus
Nurul Julia Alani Henry (Dewan Bahasa & Pustaka)
Editor
Zaiton Darois (Dewan Bahasa & Pustaka)
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
Pengerusi Lembaga Pengelola
Prof. Dr. Mohamed Hatta Shaharom
Ketua Pengarah
Datuk Haji Abang Sallehuddin Abg. Shokeran
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar)
Dato' Hajah Padilah Haji Ali
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)
Kamarul Zaman Shaharudin
Pengarah Penerbitan
Dr. Haji Abang Patdeli Abang Muhi
SUBMISSION GUIDELINES:
File:
Hantarkan makalah anda kepada:
Editor Jurnal Bahasa
Zaiton Darois (zaiton6@dbp.gov.my)
Makalah yang dimuatkan dalam jurnal ini tertumpu pada kajian linguistik terkini yang dilaksanakan ahli akademik dari dalam dan luar negara tentang bahasa Melayu. Makalah akan melalui proses penilaian, dan hanya yang terpilih akan disiarkan. Bidang linguistik yang kurang kajiannya dalam bahasa Melayu akan diberikan keutamaan. Kajian penutur berbahasa Melayu dari luar lingkungan geografi atau kawasan yang menggunakan bahasa Melayu juga digalakkan.
FORMAT JURNAL BAHASA
Maklumat Penyumbang
- Judul.
- Nama penuh penyumbang.
- Alamat penyumbang.
- Maklumat institusi.
- E-mel untuk dihubungi
Teks
- Makalah yang dihantar dalam bahasa Melayu dan belum pernah diterbitkan dalam mana-mana penerbitan.
- Jumlah perkataan dalam makalah antara 4000-8000 patah perkataan termasuk abstrak, nota hujung, rujukan, lampiran, dan bibliografi.
- Judul makalah disertakan dalam teks penuh berserta abstrak pada halaman pertama teks.
- Teks makalah menggunakan fon Times New Roman 12 poin dengan langkau 2.
- Inden setiap perenggan dengan tab.
- Gunakan tiga peringkat tajuk (maksimum).
- Bagi makalah yang dihantar menerusi e-mel dan mengandungi simbol fonetik atau ejaan yang dikhuatiri tidak dapat dibaca menerusi Microsoft Word contohnya tulisan Jawi, mohon disertakan PDFnya.
Abstrak
- Jumlah perkataan adalah antara 100 – 150 patah perkataan.
- Abstrak ini mengandungi tujuan kajian, metodologi yang digunakan, data, analisis, dapatan dan kesimpulan ringkas.
- Abstrak mesti ditulis dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris berserta kata kunci.
Kata Kunci
- Tidak lebih daripada 10 patah perkataan
Nota
- Nota seminimum mungkin, dan menggunakan nota hujung.
- Kedudukannya di hujung teks sebelum rujukan.
Rujukan
- Susunan mengikut Gaya Dewan.
- Rujukan daripada bahan atau sumber rujukan luar negara diutamakan.
Rujukan dalam Teks
- Susunan mengikut Gaya Dewan.
- Letakkan nama penulis diikuti tahun dan halaman dan diletakkan dalam kurungan.
Hak Cipta
- Penyumbang/penulis memberikan keizinan kepada DBP menerbitkan makalah mereka dalam jurnal DBP dan disiarkan dalam talian.
- Jika penulis ingin menerbitkan semula mana-mana makalahnya yang diterbitkan dalam Jurnal Bahasa perlulah dimaklumkan bahawa sumber makalah tersebut daripada jurnal terbitan DBP.
|
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2020) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|